Hawa,
Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu
andai engkau sudah bersuami
jadilah isteri yang meringankan beban suamimu
andai engkau seorang ibu
didiklah anakmu sehingga ia tak gentar
memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin,
jangan kau risaukan jodohmu,
ingatlah hawa janji tuhan kita,
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan menggadaikan maruahmu
hanya semata-mata kerana seorang lelaki,
jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu
hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki,
kerana kau bukan memancing hatinya tapi meransang nafsunya
Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim
kerana aku khuatir dari mata turun ke hati,
dari senyuman membawa ke salam,
dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan,
Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya,
kemanjaannya, serta kemampuannya menggoncang iman mereka.
Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui
akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya.
Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan
dengan wanita yang bukan muhrimnya
kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk menggodanya.
Lelaki yang baik juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu
apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita
yakni perkahwinan.
Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu,
jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu.
Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah menyinari
dan memenuhi jiwamu,
biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu
yang memberi kehangatan kebahagiaan buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga
yang akan membahagiakan dirimu.
Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana
kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.
Hawa,
Peringatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini
bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi.
Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam,
kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya